Ini ada satu cerita SERAM yang saya alami, ketika itu saya dengan adik ipar saya hendak pergi memancing di sebuah hutan di kawasan Selangor, Malaysia. Kami memancing di sana sebab ada orang kata banyak ikan ketutu. Ikan ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah kira lumayan. 1kg = RM70.00.
Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.00 petang dengan menaiki motor honda EX5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.
Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya di situlah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batang joran dan umpan anak ikan. Kami memancing tidak berjauhan maklumlah hutan tebal dan gelap gelita.
Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 satu kilogram. Wah untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam, pada siang hari ia akan jadi macam tunggul kayu.
Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada, tiba2 hujan. Kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.
Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul kelibat manusia. Muka kami tidak nampak, cuma nampak badannya mencecah ke bumi melalui pancaran cahaya bulan. Hujan turun renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.
Dia bergerak perlahan-lahan menuju ke arah kami dengan bunyi wanita sedang menangis. Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing. Bunyi hilaian sangat kuat kedengaran.
Kami memecut laju meninggalkannya. Setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan tersebut sudah pun reda. Syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut KC. Hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.
Sekian terima kasih...
Amirul
Sumber
TERIMA KASIH AMIRUL!!!