Kisahnya begini.........
Semasa mereka bermain dengan bestnya..pada mulanya mereka ataupun penduduk terhibur dengan permainan mereka tetapi makin lama makin kurang orang yang melihat kerana mereka asyiklah bermain hingga ke 2 pagi...setiap hari pulak tu..orang yang main pun asyik orang yang sama aje...naik menyampah pulak penduduk kampung.Bila keadaan macam tuh...pemuda yang menyertai bola itu mulalah terfikir untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kampung sebelah.Maka perkara itu mulalah dihebahkan untuk mengajak mereka beradu tenaga.Baguslah jika ada aktiviti yang sihat....
Maka bila hari perlawanan tiba...ramailah orang kampung yang berkumpul termasuk aku.Mak tak bagi tengok sebab taku hilang di celah orang ramai.Walaupun kampung,tetapi waktu malam bagaikan dipasar dan memang kebetulan ada pasar malam kecil dibuka jadi aku yang excited nih menjadi over lagilah.Mak apalagi..kalau aku dah mula terlupa diri tuh..dia akan pegang tangan aku dan cuba menghindarkan kami dari hiruk piruk manusia yang gembira pada malam itu...Nasib kami amat baik sebabnya rumah kami boleh nampak terus permandangan padang.Mak cakapbuat apa susah-susah nak melepak kat sana..dirumah lagi selesa dan takde orang nak menghalang....
perlawanan bermula...aku dan adik-adik aku terdengar sorakan bergema.Hati jadi tak keruan untuk membuak-buak keluar.Mak mengerling bagai tahu isi hati kami.Kami hanya diam dan masuk ke bilik.Akhirnya mak memanggil kami bertiga untuk menyaksikan perlawanan itu itu dengan pergi ke padang.Bestnya................
Dalam pukul 11.00 malam acara dah habis dan penonton beransur pulang..Orang makin brkurangan dan lengang berdekatan padang.Sampah bertimbun dan bersepah dan satu persatu lampu spotlight yang menyuluh padang dimatikan.Kumpulan kampung kami telah menang.Tak jadi lah nak kutuk mereka nih macam hapa je walaupun main bola sampai pukul 2 pagi kan....sebabnya mereka menang pulak malam ni...ha..ha..ha..
Semasa lampu semua telah padam..padang bola jadi sunyi dan sepi..aku masih lagi memandang ke padang.Zaman kanak-kanak...perasaannya lain..kalau bersemangat tuh kadang-kadang susah nak hilangkan seronoknya walaupun perkara itu dah berlaku selepas beberapa jam..atau sampai esok.Aku mungkin sangat teruja kerana dapat melihat dengan dekat perlawanan yang menarik bagiku dan bersorak bagaikan melihat world cup beramai-ramai..dan yang pastinya.."percuma"..ha..ha..ha..
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata.Aku masih teringat permainan tadi.Aku membuka tingkap perlahan-lahan,memandang ke padang.Ku lihat ada beberapa orang masih berada disana sambil berborak.Tetiba aku melihat sesuatu yang luar biasa...
Aku mengecilkan mataku untuk melihat dengan jelas walaupun samar-samar.Lama juga aku mengintai disebalik cermin tingkap.Aku lihat lampu spotlight terpasang kembali."aik...ada perlawanan bola lagi ke...sekarang dah pukul 1 pagi.."Aku bergegas ke bilik adik aku..mengajak dia melihat apa yangku lihat tetapi adikku tak sedarkan diri bila digerakkan...
Aku masih tertanya-tanya apa yang ada dipadang..perasaan ingin tahu meluap-luap.Aku tak kir....aku nak tahu jugak apa yang ada kat padang...
Lama jugak aku nak mengambil keputusan muktamad.Jam rupanya dah menunjukkan pukul 1,30 pagi.Aku masih mundar-mandir dalam bilik.Tiba-tiba aku teringat abah ada teropong.Aku dengan langkah perlahan pergilah mencari teropong di ruang tamu.Dalam gelap aku meraba-raba laci untuk mencarinya.Akhirnya aku jumpa jugak.Bukan dalam laci rupanya dekat atas almari.Berpeluh aku mencarinya..nasib baik jumpa jugak.Dengan perasaan gembira aku terus masuk bilik.Teropong yang ada dalam gengaman aku nih teropong yang boleh tahan mahalnya dan visualnya yang jelas...abah guna nak tengok burung.(kalau orang tua tuh tahu aku pakai dimarahnya aku..katanya takut jatuh...)
Aku dengan berhati-hati meneropong padang..adjust kejelasan kantanya..dapatlah aku melihat dengan dekat macam aku kat padang..aku excited jap..bukan kerana spotlight..kerana ada benda jugak akhirnya aku nak guna buat teropong..huhu....
Aku selaraskan lagi kanta..tak nampak sesiapapun kat atas padang..tapi spotlight menyala.Aku memandang spotlight ....hairan aku hanya satu je yang menyala..bukan macam tadi..
Lampu spotlight pula..menyala..padam..menyala..padam..gangguan elektrik kot..dan aku nampak sesuatu yang menakutkan di atas padang............aku terkaku.menurunkan teropong dan mula memakai 'original eye' aku...aku gosok mata aku dan lihat kembali dengan teropong..
Aku mengeletar..di atas padang ada perlawanan hebat bermula.Pemainnya ku lihat seperti abang-abang yang bermain tadi tetapi mata mereka merah.Lawan mereka adalah H-A-N-T-U....aku rasa tak percaya...korang percaya tak ????
Aku nampak mereka meyepak bola kesana kemari tetapi lawan mereka itu adalah sekumpulan makhluk yang menakutkan.bola yang disepak itu sebenarnya bukan bola...aku 'shoot' dengan teropong..golekkan 'bola' bagaikan tersekat-sekat..aku selaraskan lagi...rupanya kepala orang..
Aku tak percaya dan masih lagi mengikut gerakan 'bola' tadi..
aku terus baring kerana takut.Tetapi lampu spotlight yang sedikit cahayanya menerjah kembali.Aku teropong lagi...Dan aku tersentak apabila semua orang tiada...tetapi sepasang mata merah tepat melihat aku.Aku jadi terlalu takut...dan terus menarik selimut..
Aku demam seminggu..............