Sabtu, 18 April 2020

Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong

- Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja menangis apabila masuk ke premis pasaraya tersebut.
Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja men Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong
By Huzaifah Al-Selangori
Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong | Mak mertua penulis ada mengatakan yang Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.
Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja men Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong

Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.
Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerja TESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.
Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang dia sering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.
Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja men Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong

Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja men Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong

Pasaraya TESCO di Mergong Kedah dikatakan panas dan berhantu kerana bayi sering sahaja men Cerita Seram - Kisah Hantu di Pasaraya TESCO Mergong

 

Melayukini.net – Percaya tentang adanya makhluk ghaib merupakan salah satu dari rukun iman. Tetapi takutkan makhluk ghaib ini lebih dari takutkan Allah boleh jatuh hukum syirik. Semoga kita semua terselamat dan terpelihara dari dosa syirik. Tiada yang boleh memudaratkan kecuali hanya dengan izin Allah.

Sumber Dipetik Dari: Kedah 2U | Layari Kisah Seram Informasi Melayu Kini